March 01, 2015

Challenge accepted!

Assalamualaikum, semua. Sihatt? hahahaha. Alhamdulillah wa sihat je. Jadi, ni post pertama untuk tahun 2015. Lupa sesangat nak update. Hahahaha. Esok 3/3, keputusan SPM 2014 akan keluar. Memang lah dalam diri ni bagai nak gila fikir apa akan jadi esok, apa keputusan aku. Tapi, kita kena tahu, semua keputusan yang kita dapat, semua atas usaha kita dan ketentuan Illahi. Kita tak boleh nak mempertikaikan atau buruk sangka dengan rezeki yang diberikan. Mungkin, rezeki kita bukan dekat SPM, jadi lek brader. Kau bersyukur dengan segala keputusan yang kau bakal dapat. Kau tak akan mati pun kalau keputusan kau teruk. entah-entah, dengan keputusan kau tu, kau akan lagi menghidupkan diri kau. Allah tahu apa yang terbaik diri kau. Kalau kau nak menyesal boleh, tapi berpada-pada. Kalau kau nak menangis boleh, berpada-pada. Kalau kau tak nak bercakap boleh, berpada-pada. Kalau kau nak berseorangan boleh, berpada-pada. Kalau kau nak gembira pun boleh, berpada-pada. Jangan melampau sangat. Orang lain pun ada hati dan perasaan. Kalau kau tak berjaya sekarang, tunjukkan kau boleh berjaya kelak. Jangan lupa minta Allah panjangkan umur kau supaya kau dapat berja satu hari nanti. Jangan pula Allah panjangkan umur kau, dosa pula bertambah. Sebelum ambil keputusan : Banyakkan istighfar. Jangan lupa diri. Doa bebanyak.Doa supaya Allah tenangkan diri kita. Doa supaya Allah kuatkan kita untuk terima segala keputusan. Doa supaya Allah sabarkan diri kita. Doa supaya Allah memberi kita keredhaan dan redha dengan keputusan kita. Sebelum pergi sekolah, solat dhuha okay. Selepas ambil keputusan : Tak kisah la keputusan kau baik/kurang baik brader, semua tu Allah dah tentukan. Jadi, jangan lupa ucapkan Alhamdulillah. Kalau boleh, sujud syukur. Kalau boleh, solat sunat syukur. Kau jangan lupa diri. Lepas dah berterima kasih dekat Allah, jumpa/telefon ibubapa kau. Bagitahu diaorang keputusan kau. Jangan simpan. Diaorang berhak tahu. Tiada ibubapa yang kecewa dengan anak-anak dia. Ucap terima kasih dekat diaorang. Cium tangan diaorang. Lepas dah berterima kasih dekat ibubapa, jumpa cikgu-cikgu. Cium tangan diaorang. Cakap terima kasih sebab sanggup mengajar korang. Suruh diaorang halalkan segala ilmu yang telah diaorang berikan dan minta maaf kalau ada yang terasa. Lepas dah berterima kasih dekat cikgu-cikgu, jumpa la kawan-kawan korang. Jangan ucapkan tahniah atas keputusan yang diaorang dapat. Ucapkan tahniah atas kejayaan mereka dapat menghabiskan SPM dengan baik dan ucapkan tahniah atas segala yang dilalui bersama dan ucapkan tahniah atas kekuatan mereka untuk mengaharungi dugaan dan ucapkan terima kasih kerana sanggup bersama-sama dengan kau meraih kejayaan. Okay? Aku tak tahu la membantu ke tak, tapi aku doakan kita berjaya dunia dan akhirat. Kepada kawan-kawan aku, terima kasih kerana sentiasa bersama aku dikala susah dan senang. Lima tahun yang sangat berharga bagi aku. Kita menimba ilmu sesama. Terima kasih korangggggg. See ya. Assalamualaikum.
Share:

0 comments:

Post a Comment